8:28 AM @
Saturday, April 5, 2008
Assalamu'alaikum,
Peace be upon you :D
hello world!
Alhamdullilah, drama was :D
Alhamdullilah, the scenes went pretty smoothly,
and Alhamdullilah, we did good (:
haha alright!
drama down, concert t go!
syukur Alhamdullilah :D
aiiite, alright, thanks t all those who supported us,
implicitly or explicitly (:
andd t all the cast/crew members and the cikgus,
i love ya all and sorry on my part for any kesalahan/silap kata zahir dan batin,
and t the cikgus, thanks for everything andd for the food yang sedap dan percuma (:
kami amat amat menghargainya (:
Alhamdullilah :D
alright, so as a well, t drama, i'll just publish the sajak i wrote for the drama,
thanks Rasyiqah for deklamasikannya,
and let's hope all for hidayah and petunjuk dari-Nya (:
Insya-Allah :D
andd it's hak milik tercipta oleh Waniiii (:
DetikKelam dan gelap
Suatu jiwa tanpa sinar-Nya;
Berjinak dengan maksiat
Nafsu menjadi sahabat
Dunia, dunia- engkau terus alpa
Kembali engkau, melalaikan diri
Lemah: lemah sungguh hamba ini,
Dengan bangganya membentangkan bendera putih
Mencatatkan zaman kegemilangan;
Kemenangan nafsu ke atas Iman
Tanpa segan silu
Bertakhta mahluk durjana berupa insan
Sebagai sandaran hati, cinta sejati
Menjadi selimut tebal,
Yang kemudiannya dimamah luapan api neraka
Tidakkah kau sedar manusia,
Cinta suci datang hanya dari Tuhanmu?
Seorang insan yang,
Tidak sedar akan noktah hitamnya
Asyik mengejar fatamorgana di tanah datar
Dibuai mimpi, dihiasi bebunga maksiat
Adanya kehidupan selepas ini
Menghadap Allah yang Maha Esa
Wahai Manusia,
Sudahkah kau persiapkan diri menghadapi-Nya?
Tanpa adanya singgahsana Iman;
Hanya berteman jasa hitammu, tertera oleh dakwat-Nya
Atau kau masih sibuk dibelai asmara dunia?
Sebelum masa habis berputar
Sebelum matahari timbul di Barat
Sebelum engkau diseru kembali
Bangunlah manusia, bangkit dari mimpi gelapmu!happy weekends, take care!
slamat malam/gnights!
Wani
1137pm
Saturday
5April2008